Premium
Remaja tunjuk minat pelajari syair
Feb 9, 2017 | 5:30 AM
MENGHAYATI SASTERA KLASIK: Encik Roslan Madun (kanan) mengajak peserta bengkel, (dari kiri) Nur Shafiqah Abdullah, Nabila Siddiq dan Hanisah Hamizah Hamzah, membaca syair yang pelbagai irama dengan dibantu Encik Hanafi Idrus, aktivis budaya setempat. - Foto JOHARI RAHMAT -
SEJAK kecil, Nur Shafiqah Abdullah sering mendengar radio Melayu ekoran pendedahan oleh datuk dan neneknya hinggalah minat dalam bahasa Melayu tumbuh mekar.
Minat itu kemudian membuat pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah berusia 18 tahun itu 'jatuh cinta' pada syair dan mahu mendalami pengetahuan tentang syair, terutamanya selepas belajar tentang syair Arab di sekolah.

