Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja wanita maut dalam nahas motosikal

Jun 9, 2021 | 5:30 AM
PEMBONCENG TERKORBAN: Video menunjukkan motosikal, van dan lori terbabit berada di dua lorong kanan, dengan beberapa pegawai polis dan sebuah ambulans di tempat kejadian, sementara mayat mangsa ditutup dengan khemah polis. - Foto SG ROAD VIGILANTE /FACEBOOK
PEMBONCENG TERKORBAN: Video menunjukkan motosikal, van dan lori terbabit berada di dua lorong kanan, dengan beberapa pegawai polis dan sebuah ambulans di tempat kejadian, sementara mayat mangsa ditutup dengan khemah polis. - Foto SG ROAD VIGILANTE /FACEBOOK -

SEORANG remaja berusia 19 tahun meninggal dunia menyusuli satu kemalangan di Woodlands Avenue 12 awal pagi kelmarin. Difahamkan bahawa beliau pembonceng motosikal yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dan van itu.

Allahyarhamha Nur Liyana Chew disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Penunggang motosikal berusia 20 tahun itu pula dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedarkan diri.

Menurut polis, mereka diberitahu tentang nahas di susur keluar Woodlands Avenue 12 menuju ke SLE itu sekitar 8.21 pagi. Siasatan masih dijalankan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Dalam satu video yang dimuat naik ke sebuah laman media sosial, motosikal, van dan lori terbabit dilihat berada di dua lorong kanan. Beberapa pegawai polis dan sebuah ambulans di tempat kejadian, sementara mayat mangsa ditutup dengan khemah polis.

Akhbar Shin Min Daily News melaporkan pemandu lori itu disyaki menekan brek kecemasan, mengakibatkan motosikal itu merempuhnya dari belakang.

Berita Harian cuba menghubungi anggota keluarga Allahyarhamha semalam untuk mendapatkan komen namun tidak berhasil.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg