Renew permudah orang ramai mengitar semula barangan elektronik
Premium
Renew permudah orang ramai mengitar semula barangan elektronik
Jun 6, 2018 | 5:30 AM
PEMULIHARAAN ALAM: Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (empat dari kiri) dan Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor (dua dari kanan) bersama-sama rakan kongsi program dan peruncit yang baru turut serta dalam Program Renew di majlis pelancaran yang diadakan di Starhub Green, dekat Ubi Avenue 1 sempena Hari Sekitaran Sedunia, semalam. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
MASYARAKAT akan mendapati lebih mudah untuk mengitar semula sampah elektronik (e-waste) atau produk elektronik yang ingin dibuang seperti telefon bimbit, komputer dan televisyen, dengan adanya tambahan 20 tong kitar semula Renew di merata negara.
Ini menyusuli pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) bagi progam Renew yang melibatkan empat syarikat runcit elektronik utama iaitu Best Denki, Courts, Gain City dan Harvey Norman.

