SEBUAH resort baru dekat Changi Village yang memberi suntikan baru kepada bas awam yang telah tamat perkhidmatannya dijangka siap pada suku kedua tahun depan. Terletak di plot tanah pemerintah sebelah Pusat Penjaja Changi Village, resort seluas 8,600 meter persegi itu akan menawarkan sebanyak 20 bilik lengkap dengan hiasan dalaman persis hotel mewah. Resort itu - dikendali WTS Travel & Tours - juga akan mempunyai Pusat Pengalaman dan Acara tersendiri yang menawarkan pelbagai kegiatan seperti senaman pilates, yoga serta aktiviti lain berunsur kebaikan dan kesejahteraan diri. Pengarah urusan WTS, Encik Micker Sia berkata beliau menjangkakan harga setiap malam resort itu antara $300 dengan $400. WTS menambah, resort itu adalah resort jenis pertama dalam rantau ini dan satu tanda jelas bahawa "pergerakan penggunaan serta pengitaran semula (barang dipakai) tidak terhad kepada individu namun boleh diamalkan sektor binaan dan pelancongan".


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg