PENGUNJUNG pelayaran bakal mendapatkan pilihan lain untuk belayar di peringkat antarabangsa kerana Resorts World Cruises ingin memulakan perjalanan ke Malaysia dan Indonesia pada 1 Julai ini.
Pelayarannya akan berlabuh di Bintan dan Batam serta Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Selasa (7 Jun).
Ia juga merancang untuk memasukkan lebih banyak destinasi popular seperti Phuket, Krabi dan Bali seawal Oktober tahun ini, kata presiden syarikat Encik Michael Goh.
Ini selepas Royal Caribbean - salah satu pesaing utama Resorts World Cruises di sini - mengumumkan bahawa kapalnya akan mula berlayar ke pelabuhan Malaysia termasuk Pulau Pinang dan Klang mulai akhir bulan ini.
Pada April lalu, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berharap untuk membawa masuk sekurang-kurangnya satu atau dua lagi laluan pelayaran di sini dalam beberapa bulan akan datang.
Perjalanan itu akan dibuat di kapal pesiar utama Resorts World Cruises Genting Dream, yang sebelum ini dimiliki oleh Dream Cruises yang kini tidak wujud lagi.
Dream Cruises dihentikan dengan syarikat induknya Genting Hong Kong pada Februari tahun ini, menyebabkan pelanggan dalam kesusahan.
Resorts World Cruises baru yang dimiliki oleh taikun Malaysia Encik Lim Kok Thay kemudiannya melangkah masuk untuk menawarkan kredit kepada pelanggan yang terjejas.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg