Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Resorts World Cruises tawar pelayaran ke M'sia, Indonesia

Jun 9, 2022 | 5:30 AM
MULA PELAYARAN: Resorts World Cruise akan berlabuh di Bintan dan Batam di Indonesia dan Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang di Malaysia Julai ini. - Foto RESORT WORLD CRUISE
MULA PELAYARAN: Resorts World Cruise akan berlabuh di Bintan dan Batam di Indonesia dan Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang di Malaysia Julai ini. - Foto RESORT WORLD CRUISE -

PENGUNJUNG pelayaran bakal ada pilihan belayar di peringkat antarabangsa dengan Resorts World Cruises merancang menawarkan perjalanan ke Malaysia dan Indonesia pada 1 Julai ini.

Kapal pelayaran itu akan berlabuh di Bintan dan Batam serta Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kelmarin.

Ia juga merancang memasukkan lebih banyak destinasi popular seperti Phuket, Krabi dan Bali seawal Oktober tahun ini, kata presiden syarikat, Encik Michael Goh.

Ini selepas Royal Caribbean, salah satu pesaing Resorts World Cruises di sini, mengumumkan bahawa kapalnya akan mula belayar ke pelabuhan Malaysia termasuk Pulau Pinang dan Klang mulai akhir bulan ini.

Pelayaran Julai ini bermula beberapa bulan lebih awal daripada rancangan yang diumumkan syarikat Resorts World Cruises.

Ia pada mulanya merancang perjalanan ke Malaysia, Thailand dan Indonesia pada September nanti.

Encik Goh berkata pelayaran ke Indonesia akan bermula dengan pelayaran dua malam ke Bintan dan Batam Weekend Gateway Cruise pada 1 Julai ini.

Kapal itu akan belayar ke Kuala Lumpur, Melaka dan Penang pada 3 Julai.

Pengarah pelayaran di Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Annie Chang, berkata pengembangan senarai destinasi Resorts World Cruises mengukuhkan tawaran pelayaran Singapura dan memberi lebih banyak pilihan bagi pelayaran domestik dan antarabangsa.

"Kami gembira kerana Resorts World Cruises telah menambah destinasi kepada pelayarannya apabila lebih banyak pelabuhan di rantau ini dibuka semula.

"STB akan terus bekerja rapat dengan rakan serantau untuk membuka semula lebih banyak pelabuhan dan menggiatkan semula industri pelayaran di Asia Tenggara," ujar beliau.

April lalu, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa STB berharap membawa masuk sekurang-kurangnya satu atau dua lagi laluan pelayaran di sini dalam beberapa bulan mendatang.

Pelayaran itu akan dibuat di kapal pesiar utama Resorts World Cruises Genting Dream, yang sebelum ini dimiliki Dream Cruises yang kini tidak wujud lagi.

Khidmat Dream Cruises dihentikan syarikat induknya, Genting Hong Kong, Februari lalu menyebabkan pelanggan alami kesusahan.

Resorts World Cruises yang dimiliki taikun Malaysia, Encik Lim Kok Thay, memasuki arena dan menawarkan kredit kepada pelanggan terjejas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg