Restoran Hjh Maimunah tutup semua cawangan buat sementara kerana terdapat kes Covid-19
Restoran Hjh Maimunah tutup semua cawangan buat sementara kerana terdapat kes Covid-19
Sep 21, 2021 | 1:32 PM
- ST
RESTORAN Hjh Maimunah telah menutup kesemua cawangannya buat sementara menyusuli kejadian berkaitan Covid-19 dalam salah satu cawangannya.
Dalam satu pos Facebook restoran itu hari ini (21 Sept), ia menyatakan: "Cawangan Hjh Maimunah akan ditutup buat sementara waktu akibat kejadian berkaitan Covid dalam salah satu cawangan mereka."
"Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua cawangan akan ditutup bagi pembersihan rapi dan penyahjangkit untuk melindungi pelanggan dan pekerja."

