Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Restoran manfaatkan huraian digital bagi tingkat penjualan, mantapkan operasi

Aug 26, 2020 | 5:30 AM
DAKAP DIGITAL: Cik Noraini dan rakan niaganya, Encik Leonadi Ramli, menunjukkan beberapa huraian digital yang sudah pun dimanfaatkan di restoran Le Fuse demi melancarkan operasi, lebih-lebih lagi di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini. - Foto LE FUSE CAFE
DAKAP DIGITAL: Cik Noraini dan rakan niaganya, Encik Leonadi Ramli, menunjukkan beberapa huraian digital yang sudah pun dimanfaatkan di restoran Le Fuse demi melancarkan operasi, lebih-lebih lagi di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini. - Foto LE FUSE CAFE -

SEPERTI banyak perniagaan makanan dan minuman (F&B), restoran setempat Le Fuse terlalu tertumpu kepada usaha 'memadamkan api' atau mengatasi cabaran harian demi bertakat.

Namun pandemik Covid-19 baru-baru ini telah membuktikan bahawa huraian digital boleh memberi manfaat yang luas, terutama dalam meningkatkan penjualan menerusi dalam talian dan mengendalikan operasi dengan lebih cekap.

Didorong tekad untuk menjadi lebih produktif serta mengukuhkan keyakinan kakitangan terhadap perniagaan, restoran itu telah memanfaatkan Bonus Daya Tahan Digital (DRB) selepas mendapat nasihat dan panduan daripada konsultan di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

DRB telah diperkenalkan semasa Belanjawan Kecekalan, dengan tujuan membantu SME mendakap huraian digital sebagai sebahagian daripada penyesuaian yang perlu dibuat akibat Covid-19 di samping menjadi asas mempertingkat produktiviti dan keberkesanan.

Menerusi DRB, Le Fuse Cafe, yang terletak di Arab Street, akan menggiatkan usaha memanfaatkan huraian digital - khususnya bagi penggunaan sistem sumber manusia dan perakaunan, kata pengasas bersama restoran itu, Cik Noraini Esa, semasa dihubungi.

"Mulanya, kami tidak tahu tentang geran ini. Pemilik perniagaan tradisional seperti kami terlalu sibuk dengan operasi dan hal-hal harian bagi mengendalikan perniagaan agar kami dapat terus bertakat.

"Jadi apabila mendapat tahu tentang geran ini, kami mencubanya," ujarnya.

Dengan penggunaan geran itu serta sistem baru yang bakal dilaksanakan, Cik Noraini berkata ini akan membolehkan restoran itu melanjutkan masa operasi yang meliputi waktu sarapan.

Menurut beliau, usaha itu adalah lanjutan kepada inisiatif yang dijalankan sepanjang Covid-19.

Semasa tempoh pemutus litar, restoran itu melaksanakan wadah tempahan digital yang membantu mengekalkan tenaga kerja.

Ketika pembukaan fasa kedua pula, mereka melaksanakan sistem tempahan dalam kedai tanpa sentuh dan tanpa tunai, yang meredakan tekanan ke atas masalah kurang pekerja.

"Semua huraian ini lebih memudahkan dan menjadikan usaha pengurusan lebih tepat.

"Kebanyakan aplikasi ini mudah digunakan, kami dapat meningkatkan pendapatan menerusi pemasaran digital dan pada akhirnya, membantu kami mewujudkan lebih banyak pekerjaan," jelas Cik Noraini, yang kini menggajikan lima pekerja.

Cabaran mengekalkan kakitangan yang terlatih, juga diharap dapat diatasi dengan perubahan ini nanti. Ini lebih-lebih lagi usaha 'memancing' pekerja agak ketara dalam perniagaan F&B.

"Dengan memanfaatkan DRB, kami boleh menjdi lebih produktif dan memberi keyakinan kepada pekerja terhadap syarikat kami.

"Kami juga dapat menganalisis perniagaan kami dengan lebih baik, sekali gus membuat penyesuaian yang perlu dalam mengurangkan kos dan merangsang penjualan," tambahnya.

"Mulanya, kami tidak tahu tentang geran ini. Pemilik perniagaan tradisional seperti kami terlalu sibuk dengan operasi dan hal-hal harian bagi mengendalikan perniagaan agar kami dapat terus bertakat. Jadi apabila mendapat tahu tentang geran ini, kami mencubanya... Dengan memanfaatkan DRB (Bonus Daya Tahan Digital), kami boleh menjdi lebih produktif dan memberi keyakinan kepada pekerja terhadap syarikat kami. Kami juga dapat menganalisis perniagaan kami dengan lebih baik, sekali gus membuat penyesuaian yang perlu dalam mengurangkan kos dan merangsang penjualan." - Pengasas bersama Le Fuse Cafe, Cik Noraini Esa.

BANTUAN UNTUK PENIAGA

Portal Gobusiness

Wadah utama bagi perniagaan berurusan dengan pemerintah. Memperkemas aplikasi lesen untuk perniagaan serta memudahkan perniagaan mendapatkan maklumat tentang bantuan pemerintah.

Kredit Perusahaan Skillsfuture (SFEC)

Menggalak majikan merombak dan melakar semula pekerjaan dan melabur dalam transformasi perusahaan dan keupayaan pekerja mereka.

Pakej Bantuan Latihan Yang Dipertingkat (ETSP)

Pakej ETSP meliputi kursus yang layak sebelum 1 Januari 2021 dengan tujuan membantu syarikat mengatasi kesan kelemahan ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan membantu mereka kembali beroperasi apabila ekonomi kian pulih.

Sokongan Gaji Tidak Hadir Yang Dipertingkat

Syarikat menerima sokongan gaji tidak hadir yang dipertingkat, apabila pekerja mereka menghadiri latihan dalam kursus tertentu. Sebanyak 90 peratus bagi gaji asas sejam, terhad pada $10 setiap sejam latihan.

Geran Huraian Daya Penghasilan

Memberi perusahaan dana untuk menggunakan penyelesaian dan peralatan digital yang telah diluluskan.

Geran Pembangunan Perusahaan

Geran ini akan membantu menyokong projek yang meningkatkan perniagaan, berinovasi atau menceburkan diri di luar negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg