Restoran The Halia di Kebun Bunga Singapura umum tutup
Jan 10, 2026 | 6:31 PM
Restoran The Halia mengumumkan bahawa ia akan ditutup pada pertengahan Mac 2026. - Foto INSTAGRAM/THEHALIA
Restoran The Halia di Kebun Bunga Singapura mengumumkan pada 8 Januari bahawa ia akan berhenti beroperasi selepas 25 tahun.
Menerusi laman Instagram mereka, restoran tersebut menyatakan bahawa ia akan ditutup pada pertengahan Mac 2026.
“Terima kasih atas kenangan, sambutan dan kasih sayang yang dikongsi di ruang yang indah ini,” menurut kapsyen catatan tersebut.
Restoran hidangan fusion itu, yang terkenal dengan pengalaman menjamu selera di ruang terbuka, dibuka pada 2001 dan baru-baru ini meraikan ulang tahunnya pada November 2025.
Laporan berkaitan
2025 tahun mencabar bagi F&B, namun sektor lain lihat pertumbuhan kukuhDec 8, 2025 | 4:34 PM
Reka semula kerja: Huraian bagi tarik pekerja tempatan dalam F&B?Jul 30, 2024 | 9:30 AM

