Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Retak di landasan Circle Line sebabkan kelewatan pada pagi Jumaat

Sep 29, 2023 | 5:13 PM
KERETA API LEBIH PERLAHAN: Masalah keretakan di landasan Laluan Circle menyebabkan kelewatan.
KERETA API LEBIH PERLAHAN: Masalah keretakan di landasan Laluan Circle menyebabkan kelewatan. - Foto ST

Masalah keretakan di landasan Laluan Circle (CCL) menyebabkan kereta api berjalan lebih perlahan pada pagi Jumaat.

Para penumpang telah dinasihatkan agar mengambil kira waktu perjalanan tambahan selama 30 minit, kerana hanya satu laluan kereta api digunakan untuk perkhidmatan dua arah dari stesen Dhoby Ghaut ke Promenade, dan dari stesen Marina Bay ke Stadium.

Demikian menurut pengendali pengangkutan SMRT dalam satu catatan Facebook, yang ditukil The Straits Times.

Kelewatan itu disebabkan keretakan di landasan kereta api di persimpangan antara stesen Promenade dengan Esplanade, dan antara stesen Promenade dengan Bayfront yang dikesan sekitar 2.20 pagi, kata SMRT.

Para penumpang yang terjejas boleh mendapatkan kertas perjalanan elektronik sebagai bukti perjalanan melalui laman web smrttravelchit.sg, kata SMRT di platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

Selain kereta api Laluan Circle, para penumpang dinasihatkan menaiki kereta api Laluan Utara-Selatan (NSL), Laluan Timur-Barat (EWL) dan Laluan Downtown.

Khidmat bas percuma telah disediakan bagi para penumpang yang terjejas untuk membuat perjalanan antara stesen Paya Lebar dengan Dhoby Ghaut, serta stesen Marina Bay.

Pengumuman mengenai masalah di Laluan Circle itu juga dibuat dalam kereta api dan di stesen-stesen MRT.

Para penumpang juga dinasihatkan agar mengikuti laman media sosial SMRT untuk mendapatkan maklumat terkini.

SMRT berkata ia akan melakukan kerja pembaikan dengan menggantikan lintasan rel agar landasan kereta api itu dapat digunakan dengan selamat.

“Memandangkan ini melibatkan pemeriksaan terperinci dan pergerakan rel berat serta peralatan yang menggunakan tren kejuruteraan, khidmat kereta api biasa akan terjejas di laluan yang terjejas. Ini supaya jurutera dapat membaiki masalah ini,” jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg