Rezeki jumpa makanan dibiar atas bangku taman di Punggol

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rezeki jumpa makanan dibiar atas bangku taman di Punggol

Oct 13, 2023 | 6:29 PM

Rezeki jumpa makanan dibiar atas bangku taman di Punggol

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
JUMPA MAKANAN: Dalam satu video yang dimuat naik di Tiktok Encik Farhan pada Khamis, beliau sedang dalam perjalanan pulang dari kerja apabila terjumpa bag plastik mengandungi makanan yang masih panas.
JUMPA MAKANAN: Dalam satu video yang dimuat naik di Tiktok Encik Farhan pada Khamis, beliau sedang dalam perjalanan pulang dari kerja apabila terjumpa bag plastik mengandungi makanan yang masih panas. - Foto TIKTOK/TYPICALFXRHXN2.0

Rezeki jangan ditolak.

Demikian yang dialami seorang pengguna Tiktok typicalfxrhxn2.0 semasa pulang dari kerja pada Khamis (12/10) malam.

Daripada video yang dimuat naik oleh pengguna itu, atau lebih dikenali sebagai Encik Farhan, beliau mendapati ada beg plastik mengandungi makanan yang dibiarkan atas sebuah bangku di taman dalam kawasan Punggol.

Menurutnya, makanan tersebut masih panas apabila beliau menjumpainya.

Video tersebut turut memaparkan sekeping nota yang menjelaskan bahawa makanan dalam beg plastik tersebut belum dibuka dan ia merupakan pesanan yang dihantar secara salah oleh penghantar makanan Deliveroo.

“Tidak dapat menghubungi pelanggan. Silakan untuk mengambilnya,” menurut kata-kata dalam nota itu.

Daripada perbualan di video, Encik Farhan pada mulanya agak keberatan untuk mengambil makanan tersebut tetapi memutuskan membawa makanan tersebut pulang.

Menukil laporan Stomp, Encik Farhan menjelaskan bahawa makanan tersebut adalah dari gerai Tenderbest Makcik Tuckshop di Punggol East.

“Saya rasa sedih kerana saya terjumpanya tetapi penghantar makanan tersebut baik hati dan tidak membazir makanan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan penghantar makanan itu,” tambah beliau.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg