Premium
Ribuan 'anak' KKH berhimpun pecah rekod dunia Guinness
Oct 17, 2016 | 5:30 AM
REKOD DUNIA: Encik Teo (tengah, baju biru) menyertai tetamu dan peserta yang memecahkan rekod dunia Guinness memotong kek di acara yang dihadiri seramai 2,241 orang yang kesemuanya dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH). - Foto TUKIMAN WARJI -
SERAMAI 2,241 orang - kesemuanya dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) - berkumpul di Stadium Bishan semalam untuk memecahkan rekod dunia Guinness bagi pertemuan semula terbesar melibatkan orang yang dilahirkan di hospital yang sama.
Peserta yang berusia antara tujuh dengan 85 tahun harus menunjukkan kad pengenalan mereka dan sijil kelahiran semasa mendaftar bagi acara itu untuk membuktikan bahawa mereka dilahirkan di KKH.

