Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rilek brader rilek... tahun depan 4 kali cuti panjang

Apr 5, 2018 | 5:30 AM
-

PENDUDUK setempat akan menikmati empat hujung minggu yang panjang tahun depan, dengan 11 hari cuti umum secara keseluruhan.

Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menerusi laman webnya semalam.

Lima hari cuti umum jatuh pada hari Jumaat atau Ahad, dengan Hari Kebangsaan (Jumaat) dan Hari Raya Haji (Ahad) jatuh pada hujung minggu yang sama tahun depan.

Selain Hari Kebangsaan pada 9 Ogos, Good Friday juga jatuh pada hari Jumaat, iaitu 19 April.

Cuti umum yang jatuh pada Ahad tahun depan ialah Hari Vesak (19 Mei), Hari Raya Haji (11 Ogos) dan Deepavali (27 Oktober).

Ini bermakna hari Isnin pada keesokan harinya merupakan hari cuti umum.

Seperti tahun depan, penduduk setempat juga menikmati empat hujung minggu panjang tahun ini.

Tiga daripadanya - hari pertama 2018, hari pertama Tahun Baru Cina dan Good Friday - sudah pun berlalu manakala satu lagi, Hari Raya Puasa, jatuh pada 15 Jun (Jumaat).

Sementara itu, MOM turut menarik perhatian tentang beberapa peraturan di bawah Akta Pekerjaan yang harus dituruti semua majikan.

Ini termasuk hak pekerja yang perlu bekerja pada hari cuti umum untuk mendapatkan gaji tambahan sehari pada kadar yang asas.

Jika tidak, majikan dan pekerja boleh bersetuju untuk menggantikan hari cuti umum itu untuk hari kerja yang lain.

CUTI UMUM 2019

  1. Tahun Baru - 1 Jan [Selasa]
  2. Tahun Baru Cina - 5 & 6 Feb [Selasa & Rabu]
  3. Good Friday - 19 Apr [Jumaat]
  4. Hari Pekerja - 1 Mei [Rabu]
  5. Hari Vesak - 19 Mei* [Ahad]
  6. Hari Raya Puasa - 5 Jun [Rabu]
  7. Hari Kebangsaan - 9 Ogos [Jumaat]
  8. Hari Raya Haji - 11 Ogos* [Ahad]
  9. Deepavali - 27 Okt* [Ahad]
  10. Hari Natal - 25 Dis [Rabu]

* - Hari berikutnya adalah cuti umum

^ - Tiada hari cuti umum pada Mac, Julai, September dan November

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg