Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ringgit M'sia capai paras terendah sejak 1998 ekoran kesusutan harga minyak

Aug 23, 2022 | 5:30 AM
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN -

RINGGIT Malaysia dijangka mencapai paras yang disaksikan semasa krisis kewangan Asia setelah harga minyak susut.

Ia mencecah RM4.4810 berbanding sedolar Amerika Syarikat Jumaat lalu, yang terendah sejak Januari 2017.

Pada 9.30 pagi semalam, mata wang itu mencapai RM4.4853.

Para pengurup seperti pemilik Clifford Gems & Money Exchange, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, menyatakan ringgit dijual pada kadar RM3.205 berbanding sedolar Singapura semalam, dari RM3.22 Jumaat lalu.

Nilai mata wang ringgit telah merosot sejak suku pertama tahun ini meskipun eksport bagi komoditi negara itu meningkat tahun ini.

Pengamat di Goldman Sachs menyatakan beberapa syarikat mungkin menyimpan hasil eksport dalam mata wang asing.

Mata wang itu lebih tidak menentu ketika ini disebabkan minyak kelapa sawit dan minyak mentah susut dari paras tertinggi mereka sejak beberapa bulan lalu.

Jika harga minyak itu susut lagi, ia akan menjejas ringgit, kata pakar strategi mata wang asing, Encik Qi Gao di Scotiabank di Singapura.

Ringgit juga mengalami risiko kemerosotan akibat kenaikan kadar faedah di Amerika yang lebih pantas dan ketidaktentuan dihadapi Malaysia dalam membiayai aliran keluar.

Meskipun aliran masuk dari ekuiti mencecah AS$1.82 bilion ($2.54 bilion) sehingga 18 Ogos lalu, ia tidak diketahui jika aliran masuk dana itu akan berterusan.

"Penentu gerakan dolar (Amerika) dan ringgit adalah aliran masuk portfolio, bukan dagangan,'' kata Encik Galvin Chia, seorang pakar strategik pasaran berkembang di NatWest Markets di Singapura.

Beliau menambah aliran keluar dana yang besar boleh menyebabkan ringgit mencecah RM4.50 berbanding sedolar Amerika. Jika ia susut ke paras RM4.5002, ia adalah paras terendah sejak Januari 1998.

Bank Negara Malaysia telah meningkatkan kadar faedahnya sebanyak dua kali tahun ini, masing-masing sebanyak 25 mata asas dan terdapat prospek ia meningkat lagi.

Namun, kenaikan itu lebih rendah berbanding kadar kenaikan Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg