Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Risiko Covid-19 lebih rendah bagi pengembara yang tinggalkan India, menetap di negara lain lebih lama sedikit: Ye Kung

Apr 26, 2021 | 5:51 PM
Foto EPA-EFE/PIYAL ADHIKARY
Foto EPA-EFE/PIYAL ADHIKARY -

LANGKAH menghalang pengunjung dengan sejarah perjalanan terkini ke India daripada memasuki Singapura bukan disasarkan kepada sebarang kaum tetapi bertujuan menangani risiko yang dibawa oleh negara tersebut yang berdepan dengan kadar jangkitan Covid-19 meruncing, kata Menteri Pengangkutan Encik Ong Ye Kung pada Isnin (26 April).

Seorang pengembara yang telah meninggalkan India tetapi berkunjung ke negara lain selepas itu sebelum terbang ke Singapura tidak akan berdepan dengan risiko yang sama berbanding seseorang yang datang langsung dari India, ujar Encik Ong ketika mengumumkan mengenai gelembung udara Singapura-Hong Kong di satu sesi taklimat media.

Encik Ong yang akan diberi jawatan baru sebagai Menteri Kesihatan mulai 15 Mei memberi jawapannya bagi menjawab soalan tentang warga India yang berkunjung ke negara lain bagi mengelakkan sekatan kembara ke atas pemegang pas lawatan jangka panjang dan pendek yang dikenakan di Singapura bagi pengunjung yang telah ke India dalam tempoh 14 hari lalu.

Laporan tentang wujudnya peristiwa sebegitu menimbulkan keprihatinan anggota awam.

Encik Ong menjelaskan sesiapa yang menetap di satu tempat bagi tempoh yang lama akan menjangkakan wujud risikonya tanpa mengira kaum.

"Jika dasar anda adalah bagi menumpukan pada sasaran, lantaran itu, bagi seseorang yang datang dari negara berisiko tinggi untuk berpindah ke negara berisiko rendah, pesan saya adalah duduk di situ seketika. Selepas itu kekal untuk tidak capai status positif Covid-19...kemudian datang ke Singapura...sebenarnya, dengan cara itu, anda telah banyak mengurangkan risiko dalam proses ini," katanya.

Mengenai sama ada seseorang pengembara itu boleh melepasi sekatan yang dikenakan dengan meninggalkan India dan langsung sampai ke negara lain sebelum segera berlepas ke Singapura, Encik Ong berkata ini tidak mungkin berlaku kerana Singapura memerlukan pengembara menghabiskan masa 14 hari di luar India.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg