Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RLAF akan jadi hos lawatan pembelajaran ke S'pura

Sep 10, 2022 | 5:30 AM
BINA KEMAHIRAN TINGGI: Seorang pegawai Polis Trafik kelihatan membuat putaran dalam litar sempit semasa menjalani kursus lanjutan khusus Kelas 2 Specialised di litar pemanduan Polis Trafik di Admiralty Road West. - Foto ZAOBAO
BINA KEMAHIRAN TINGGI: Seorang pegawai Polis Trafik kelihatan membuat putaran dalam litar sempit semasa menjalani kursus lanjutan khusus Kelas 2 Specialised di litar pemanduan Polis Trafik di Admiralty Road West. - Foto ZAOBAO -

YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) akan menjadi hos bagi lawatan pembelajaran ke Singapura di bawah Program Kerjasama Singapura (SCP), kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Menerusi kerjasama antara RLAF dengan SCP, pemerintah Singapura akan menyokong usaha masyarakat Muslim di sini menjadi hos pertukaran antara masyarakat bagi menggalak amalan dan idea terbaik dengan negara lain yang mempunyai penduduk minoriti Muslim, katanya.

Berkata demikian semasa berucap di majlis makan malam Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS) di Pusat Konvensyen Raffles City semalam, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berharap pertukaran sedemikian akan menjalin kerjasama dalam kalangan negara ini, termasuk Singapura dan membina masyarakat berjaya.

"SCP merupakan program bantuan teknikal utama Singapura bagi negara lain menerusi pembangunan modal insan.

"Menerusi kerjasama antara RLAF dengan SCP, pemerintah Singapura akan menyokong usaha masyarakat Muslim kita menjadi hos pertukaran antara masyarakat bagi menggalak amalan dan idea terbaik dengan negara lain dengan penduduk minoriti Muslim.

"Kami harap pertukaran sedemikian akan menjalin kerjasama dalam kalangan negara ini, termasuk Singapura dan membina masyarakat berjaya," katanya sambil menambah butiran program RLAF-SCP akan diumumkan lewat tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg