Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RLAF, dengan sokongan masjid setempat, kumpul lebih S$430,000 bagi bantu mangsa banjir di Pakistan

Oct 19, 2022 | 7:01 PM
BANTU MANGSA BANJIR PAKISTAN: (Dari kiri) Encik Benjamin William, Encik Kadir Maideen, Cik Rukhsana Afzaal, Encik Abdul Razak Maricar, dan CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman. - MUIS
BANTU MANGSA BANJIR PAKISTAN: (Dari kiri) Encik Benjamin William, Encik Kadir Maideen, Cik Rukhsana Afzaal, Encik Abdul Razak Maricar, dan CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman. - MUIS -

YAYASAN Rahmatan lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Palang Merah Singapura (SRC) dan masjid seluruh Singapura telah berjaya meraih sejumlah $432,852 dalam rayuan kecemasan membantu rakyat Pakistan yang dilanda banjir besar di negara mereka. Usaha mengumpul dana itu diadakan dari 31 Ogos hingga 14 September lalu demi menyokong keperluan segera rakyat Pakistan yang terjejas termasuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, air, sanitasi dan barangan kebersihan. Awal Rabu (19 Okt), RLAF menyerahkan jumlah kutipan dana itu kepada SRC dalam satu majlis penyerahan cek yang diadakan di Hab Islam Singapura, demikian menurut kenyataan RLAF. Majlis itu disertai Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Cik Rukhsana Afzaal; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah RLAF, Encik Abdul Razak Maricar. Menurut yayasan itu, jumlah dana terkumpul itu adalah jumlah tertinggi yang dikumpul RLAF setakat ini dalam satu usaha kemanusiaan pada tahun ini. Dana itu akan disalurkan melalui SRC, yang bekerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan rakan kongsinya di lapangan, termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan (PRCS), untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg