Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RLAF kumpul lebih $240,000 untuk mangsa gempa Nepal

May 26, 2015 | 2:54 PM
BENCANA ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan yang cedera didukung seorang anggota tentera di Sindhupalchowk untuk mendapatkan rawatan menyusuli gempa bumi di Nepal yang berlaku pada 28 April lalu. - Foto REUTERS
BENCANA ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan yang cedera didukung seorang anggota tentera di Sindhupalchowk untuk mendapatkan rawatan menyusuli gempa bumi di Nepal yang berlaku pada 28 April lalu. - Foto REUTERS -

USAHA Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) mengumpul derma bagi mangsa gempa bumi di Nepal tahun ini telah berjaya mengumpulkan $241,479.

Wang itu berjaya diraih hasil satu pengumpulan dana khas, dengan tabung derma diletakkan di 68 masjid di sini pada 1 Mei hingga 6 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa RLAF, Haji Paiman Supangat, telah menyampaikan cek kepada Pengurus Mercy Relief, Encik Mr Michael Tay, di ibu pejabat Mercy Relief di Toa Payoh Lorong 1.

RLAF telah bekerjasama dengan badan bantuan kemanusiaan Mercy Relief bagi menyalurkan bantuan itu kepada masyarakat yang terjejas di Nepal.

Dengan kutipan dana dari RLAF, kutipan dana bagi Mercy Relief telah mencapai lebih dari sejuta dolar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg