Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Robot mampu sokong tugas jururawat di Hospital Alexandra

Ia boleh ambil tanda vital pesakit serta hantar ubat, snek atau barang lain di sisi katil
Dec 5, 2022 | 5:30 AM
ROBOT BEKERJA: Robot bernama Florence ini sedang mengambil tanda vital seorang pesakit di sisi katil mereka. - Foto-foto BH oleh SYAMIL SAPARI
ROBOT BEKERJA: Robot bernama Florence ini sedang mengambil tanda vital seorang pesakit di sisi katil mereka. - Foto-foto BH oleh SYAMIL SAPARI -

PERCUBAAN berjaya mengenai robot yang mengambil tanda vital pesakit di sisi katil mereka dekat Hospital Alexandra (AH) telah menunjukkan bahawa ia mampu mengganti tugasan sekurang-kurangnya dua kakitangan jururawat hospital sepanjang setahun.

Ia telah memberi petanda tentang kemungkinan masa depan di mana jururawat disokong penolong jururawat robotik di dalam wad.

Florence, penolong jururawat robotik, boleh mengenal pasti pesakit dengan mengimbas tag pada pergelangan tangan atau sofwe pengesanan imej berdasarkan kecerdasan buatan sebelum mengambil tanda vital dengan menggunakan kamera, alat pengesan dan oksimeter nadi.

Data itu kemudian akan dihantar langsung kepada Rekod Kesihatan Elektronik Nasional.

Ia juga boleh menghantar ubat, snek atau barang lain kepada pesakit.

Sedang ia menghampiri sisi katil pesakit, ia boleh mengesan pesakit berada di bahagian katil yang mana agar ia boleh bergerak ke bahagian tersebut.

Dalam mengira penjimatan daripada segi tenaga manusia di AH, yang menghasilkan bersama Florence bersama NCS, syarikat khidmat teknologi yang merupakan sebahagian daripada Singtel, meninjau tempoh masa yang dihabiskan jururawat semasa mengambil tanda vital dan menghantar ubat serta barang lain kepada pesakit, kata pengurus projek, Encik Desmond Koh.

Florence telah dihasilkan dengan geran sekitar $1.8 juta daripada Program Robotik Nasional, satu usaha berbilang agensi yang ditugaskan untuk membangunkan ekosistem robotik tempatan.

Ia telah menjalani percubaan selama lapan bulan sehingga April.

AH juga sedang merancang untuk melakukan percubaan di satu lagi hospital sebagai sebahagian daripada keperluan geran itu.

Sedang automasi dan robot terus diuji untuk melihat sama ada ia boleh membantu memperbaiki jagaan pesakit dan menangani masalah kekurangan kakitangan dalam sektor jagaan kesihatan, kehadiran robot akan menjadi satu kebiasaan bagi pesakit.

Tiga kelompok jagaan kesihatan yang telah bekerja keras secara tradisional terhadap inovasi mereka bersendirian, telah digalak untuk bekerjasama dan mengongsi projek mereka.

Profesor Tina Wong, pengarah eksekutif Pusat Inovasi Kesihatan Nasional (NHIC), berkata ia telah baru-baru ini melancarkan untuk mempercepat pendakapan inovasi teknologi kesihatan merentasi tiga kelompok dan mahu membantu kerjasama dengan membantu menguruskan isu yang boleh timbul akibat perbezaan aliran kerja di kelompok-kelompok tersebut.

NHIC, sebuah program Konsortium Penyelidikan Klinikal dan Inovasi Singapura, telah membantu dalam pembangunan teknologi perubatan termasuk H-Man, tangan robotik perubatan mudah alih yang digunakan di Hospital Tan Tock Seng untuk membantu pesakit yang perlu menjalani terapi pemulihan secara berdikari.

Syarikat pemula tempatan, Articares, yang membangunkannya, merancang untuk mengerahkan H-Man di hospital di kelompok jagaan kesihatan yang lain menjelang 2023, kata Profesor Wong.

Di hospital, automasi dan robot boleh membantu memperbaiki aliran kerja dan membolehkan jururawat menghabiskan lebih banyak masa dengan pesakit.

Sama ada Florence akan dikerahkan dalam usaha yang besar bergantung kepada sama ada penjimatan daripada segi tenaga manusia berbaloi dengan kos robot itu yang masih belum disahkan harganya, kata Profesor Lawrence Ho, pengarah Pusat Sistem Kesihatan Universiti Nasional bagi Inovasi dalam Jagaan Kesihatan.

"... Sama ada Florence akan dikerahkan dalam usaha yang besar bergantung kepada sama ada penjimatan daripada segi tenaga manusia berbaloi dengan kos robot itu yang masih belum disahkan harganya." - Profesor Lawrence Ho, pengarah Pusat Sistem Kesihatan Universiti Nasional bagi Inovasi dalam Jagaan Kesihatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg