Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rochor Centre akan dirobohkan mulai 26 Jun

Jun 20, 2018 | 1:06 PM
AKAN DIROBOH: Rochor Centre akan dirobohkan secara bertahap mulai 26 Jun dan dijangka dirobohkan sepenuhnya menjelang April tahun depan.
AKAN DIROBOH: Rochor Centre akan dirobohkan secara bertahap mulai 26 Jun dan dijangka dirobohkan sepenuhnya menjelang April tahun depan. - Foto THE STRAITS TIMES

ROCHOR Centre akan dirobohkan secara bertahap mulai Selasa depan (26 Jun) sebagai persiapan bagi Koridor Utara-Selatan akan datang, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (20 Jun).

Menurut LTA, empat blok di estet perumahan awam yang ikonik itu akan dirobohkan tingkat demi tingkat menggunakan mesin, bermula dari tingkat atas.

Tambahnya, kerja merobohkan bangunan itu dijangka selesai menjelang April tahun depan.

Semasa kerja merobohkan bangunan dijalankan, orang ramai boleh menggunakan laluan pejalan kaki sementara sebagai laluan alternatif.

Selain itu, adangan bunyi dan habuk juga telah dipasang di kawasan itu bagi mengurangkan bunyi bising dan habuk yang menjejas penduduk serta perniagaan di kawasan itu, kata LTA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg