Rokok tidak dibayar cukai: Dua warga Singapura dipenjara
Premium
Rokok tidak dibayar cukai: Dua warga Singapura dipenjara
Oct 10, 2016 | 5:30 AM

ROKOK SELUDUP: Inilah van yang didapati mengandungi 2,390 karton dan 100 peket rokok seludup. Warga Singapura, Kamaruddin Abdul Latiff, 48 tahun, dan Azman Mohd Yunos, 50 tahun, diberkas dan masing-masing dipenjara 21 bulan dan 16 bulan. - Foto KASTAM SINGAPURA -
DUA lelaki dijatuhi hukuman penjara Khamis lalu kerana terlibat dalam penyeludupan rokok yang tidak dibayar cukai.
Dalam satu kenyataannya semalam, Kastam Singapura berkata warga Singapura, Kamaruddin Abdul Latiff, 48 tahun, dan Azman Mohd Yunos, 50 tahun, masing-masing dihukum penjara 21 bulan dan 16 bulan.

