Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rombakan kabinet dijangka awal bulan depan: PM Lee

May 14, 2022 | 5:03 PM
Encik Lawrence Wong (kanan) telah diumumkan sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) pemimpin politik, sekali gus membuka laluan untuknya menjadi pengganti Encik Lee Hsien Loong (kiri) sebagai perdana menteri Singapura seterusnya.
Encik Lawrence Wong (kanan) telah diumumkan sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) pemimpin politik, sekali gus membuka laluan untuknya menjadi pengganti Encik Lee Hsien Loong (kiri) sebagai perdana menteri Singapura seterusnya. - - Foto fail

ROMBAKAN kabinet dijangka berlaku awal bulan depan, dengan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong - yang sudah dikenal pasti sebagai pengganti Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong - dijangka dinaik pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Encik Lee berkata perubahan Kabinet sedang diusahakan dan beliau menjangkakan akan mengumumkan perubahan itu selepas beberapa lawatannya ke luar negara.

"Saya sedang mengusahakannya. Saya perlu memberi tumpuan kepada lawatan ini, dan saya mempunyai satu lagi lawatan dalam masa dua minggu, untuk ke sidang Nikkei.

"Tetapi saya sedang mengusahakannya dan berharap akan melakukannya setelah selesai lawatan saya, iaitu awal Jun," kata Encik Lee pada Jumaat (13 Mei).

Beliau berkata demikian di penghujung lawatannya ke Amerika Syarikat apabila ditanya wartawan Singapura mengenai perubahan Kabinet.

Encik Lee ditemui media selepas Sidang Puncak Khas Asean-Amerika Syarikat di Washington yang berakhir pada Jumaat. Beliau berangkat dari Washington pada Sabtu.

Encik Lee dijadual berucap di Sidang Antarabangsa ke-27 mengenai Masa Depan Asia pada 26 dan 27 Mei anjuran kumpulan media perniagaan.

Bulan lalu, Encik Wong diumumkan sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) pemimpin politik, sekali gus membuka laluan untuknya menjadi perdana menteri Singapura seterusnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg