Topik diikuti
Pergi ke BHkuRombongan dari Terengganu timba ilmu pelbagai program masjid di sini
Rombongan dari Terengganu timba ilmu pelbagai program masjid di sini
Rombongan dari Terengganu timba ilmu pelbagai program masjid di sini
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Feb 19, 2017 | 5:30 AM
KONSULTAN dan motivator pendidikan awal kanak-kanak Masjid Al Muktafi Billah Syah dari Kuala Terengganu, Malaysia, Cik Rosnah Ahmad, melahirkan rasa kagum terhadap sokongan padu pemerintah Singapura ini terhadap pembangunan awal kanak-kanak.
Menurut beliau, bonus bayi yang diberikan pemerintah dan disalurkan ke Akaun Pembangunan Anak (CDA) sekali gus membolehkan ibu bapa menggunakannya untuk membiayai yuran tadika anak-anak di masjid amat membantu terutama dalam menyediakan sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.