RRG kecam keganasan di Gaza, gesa tiada kebencian tersebar demi keamanan bersama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RRG kecam keganasan di Gaza, gesa tiada kebencian tersebar demi keamanan bersama

May 15, 2021 | 1:35 PM

RRG kecam keganasan di Gaza, gesa tiada kebencian tersebar demi keamanan bersama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PERGOLAKAN BERTERUSAN: Bebola api dan asap berkepulan di udara dalam satu serangan udara Israel di kota Gaza yang menumpukan sasaran pada perkarangan Ansar yang dikaitkan dengan gerakan Hamas di Jalur Gaza pada awal Sabtu (15 Mei). - Foto MOHAMMED ABED / AFP
PERGOLAKAN BERTERUSAN: Bebola api dan asap berkepulan di udara dalam satu serangan udara Israel di kota Gaza yang menumpukan sasaran pada perkarangan Ansar yang dikaitkan dengan gerakan Hamas di Jalur Gaza pada awal Sabtu (15 Mei). - Foto MOHAMMED ABED / AFP -

KUMPULAN Pemulihan Keagamaan (RRG) berganding bahu dengan warga seluruh dunia dalam mengecam keganasan dan pergolakan di Gaza yang disifatkan sebagai sungguh malang dan menyedihkan ramai.

Dalam catatan Facebooknya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu (15 Mei), RRG menulis:

"Sebilangan besar terkesima dengan kekejaman dan bimbang akan arah tuju pergolakan itu. Dengan peningkatan insiden keganasan antara Israel dan Palestin, kami berganding bahu dengan warga seluruh dunia dalam mengutuk keganasan tersebut.

"Di samping nilai-nilai kemanusiaan yang diserang, mesej tentang sikap tidak bertoleransi dan perseteruan boleh memicu sentimen negatif.

"RRG menggesa semua warga Muslim dan bukan Muslim agar tidak menyebarkan kebencian dalam talian dan luar talian serta bersama menjaga keamanan dan keharmonian yang kita nikmati di Singapura."

Menurut RRG lagi, dalam keadaan yang sama, pandemik Covid-19 global ini telah membuktikan bahawa tidak ada "mereka" dan "kita".

"Virus tidak mengenali sesiapa, dan kejadian alam tidak dapat dirunding. Ini menjadikan kita lebih kuat dan bersatu sebagai satu komuniti dan negara untuk memerangi virus tersebut," tambahnya.

Sukar menyambut Hari Raya Aidilfitri yang meriah di tengah wabak Covid-19 global ini, ditambah dengan fikiran dan doa buat keluarga di Gaza yang kehilangan orang yang mereka sayangi, jelas RRG.

Masyarakat Islam di sini diminta terus berdoa agar ketegangan tersebut berhenti dan semoga keamanan berkekalan bagi mereka yang terjejas oleh konflik.

"RRG berdiri mendukung kemanusiaan, tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa atau agama.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam. Utamakan keselamatan dan kesihatan sempena meraikan perayaan ini," katanya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg