Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RSAF anjur latihan kerahan libatkan 5 skuadron pejuang

Dec 9, 2018 | 4:29 PM
LATIHAN KERAHAN: NSmen daripada Skuadron 142 dan 149, melaporkan diri di Pangkalan Udara Paya Lebar sebagai sebahagian latihan kerahan yang biasa dijalankan SAF.
LATIHAN KERAHAN: NSmen daripada Skuadron 142 dan 149, melaporkan diri di Pangkalan Udara Paya Lebar sebagai sebahagian latihan kerahan yang biasa dijalankan SAF. - Foto KUA CHEE SIONG

ANGGOTA Perkhidmatan Negara (NSmen) aktif dan kerahan skuadron pejuang termasuk juruterbang dan kru darat, melaporkan diri ke pangkalan udara masing-masing hari ini (9 Disember) sebagai sebahagian latihan kerahan yang biasa dijalankan untuk mengesahkan kesediaan operasi unit tersebut.

Dalam latihan kerahan yang dilancar tengah hari tadi, NSmen yang terlibat daripada lima skuadron Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) melaporkan diri ke Pangkalan Udara Changi, Paya Lebar dan Tengah dalam masa beberapa jam selepas dikerah.

Menurut Kementerian Pertahanan, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalankan 20 hingga 30 latihan kerahan serta kelengkapan (Mobex) setiap tahun dan ini melibatkan unit daripada Tentera Darat dan Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) juga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg