SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

RSAF mula terima helikopter H225M gantikan Super Puma

RSAF mula terima helikopter H225M gantikan Super Puma

Mar 29, 2021 | 6:26 PM

RSAF mula terima helikopter H225M gantikan Super Puma

TIGA HELIKOPTER BARU: RSAF akan menerima penyerahan dan kiriman beberapa helikopter baru H225M bagi menggantikan Super Puma yang berkhidmat sejak 1983. - Foto FACEBOOK RSAF
TIGA HELIKOPTER BARU: RSAF akan menerima penyerahan dan kiriman beberapa helikopter baru H225M bagi menggantikan Super Puma yang berkhidmat sejak 1983. - Foto FACEBOOK RSAF -

ANGKATAN Udara Republik Singapura (RSAF) sudah mula menerima helikopter H225M dengan keupayaan muatan sederhana yang lebih baik di Singapura.

Helikopter ini akan secara beransur-ansur menggantikan helikopter Super Puma yang berkhidmat sejak 1983.

RSAF berkata ia telah menjalankan ujian dan latihan penerbangan pada helikopter H225M yang dihasilkan pembikin pesawat Eropah, Airbus.

"Apabila beroperasi kelak, helikopter H225M akan mengambil-alih peranan Super Puma," tambah RSAF di Facebook pada Isnin (29 Mac).

Helikopter H225M ini mempunyai keupayaan penerbangan jarak 20 peratus lebih jauh daripada Super Puma AS332M dan akan diseiringkan dengan helikopter CH-47 bagi memenuhi keperluan muatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bagi pelbagai operasi, kata RSAF.

Ini termasuk pemindahan aeroperubatan, mencari dan menyelamat, bantuan kemanusiaan serta bantuan bencana dan operasi keselamatan kelautan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg