Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

RSAF sasar rekrut kaum Hawa, tangani cabaran demografi berubah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSAF sasar rekrut kaum Hawa, tangani cabaran demografi berubah

Feb 19, 2024 | 05:30 AM



Dibayangi cabaran demografi semasa dan perubahan sikap terhadap jangkaan di tempat kerja, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) menetapkan pendekatan berbilang kaedah agar ia berupaya merekrut pegawai terbaik untuk menyertai pasukannya.

Sempena acara Pertunjukan Udara Singapura 2024 yang bakal berlangsung dari 20 ke 25 Februari, Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Kelvin Khong berkata, sama seperti pertubuhan lain, RSAF tidak terkecuali daripada realiti demografi yang semakin kecil dan jangkaan pekerjaan yang berbeza dari generasi ke generasi.

Lantaran itu, pelbagai kaedah bagi menarik pegawai baru untuk menyertai RSAF diterapkan.

Ia menawarkan peluang menaiki pesawat RSAF, lawatan ke pangkalan, memperluas sasaran rekrut baru meliputi kaum Hawa dan pekerja pertengahan kerjaya, kepada menawarkan pelbagai laluan kerjaya dan mengubah budaya di tempat kerja.

Mejar Jeneral Khong, mengimbas kembali sejarah 55 tahun RSAF dalam satu wawancara bertulis.

Menurutnya, beliau terharu dengan dedikasi para pegawai sejak sekian lamanya.

Mereka telah membina angkatan udara yang bersiap sedia melaksanakan misi, rela mengatasi sebarang cabaran dan terus berinovasi bagi menjamin kecekapan operasi.

Dalam mempertingkat usaha mendapatkan rekrut baru, Mejar Jeneral Khong berkata, RSAF telah memperluas kempen merekrut pegawai baru dengan menyediakan peluang yang menawarkan pengalaman menarik.

Antaranya, termasuk pengalaman menaiki pesawat RSAF, lawatan ke pangkalan udara dan skim Pelatihan bagi Jurutera RSAF atau Rise.

“Pengalaman seperti ini menawarkan bakal calon itu lebih memahami misi kami, dan memberi mereka sekilas pengalaman hidup dalam RSAF dan pelbagai peranan yang digalas pegawai kami untuk menjayakan misi bersama-sama,” kata Mejar Jeneral Khong.

Kedua, beliau berkata pihaknya juga memperluas sasaran rekrut baru dengan melibatkan kaum Hawa serta pekerja pertengahan kerjaya.

RSAF kerap mendekati bakal rekrut wanita menerusi seminar dalam talian dan secara bersemuka khusus bagi demografi itu, katanya.

Untuk menarik pekerja di peringkat pertengahan kerjaya, Mejar Jeneral Khong berkata pihaknya telah menyemak dasar sumber manusianya agar ia setaraf dengan amalan sektor komersial sambil mengurangkan hambatan bagi mereka membuat peralihan kerjaya.

Ketiga, RSAF juga telah meningkatkan prospek pekerjaan bagi mereka yang menyertai RSAF dengan menawarkan pelbagai laluan kejayaan menerusi beberapa skim.

Antaranya, RSAF telah bekerjasama dengan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Politeknik di Singapura untuk memperkenalkan skim Bekerja Sambil Belajar, yang membolehkan kaum lelaki warga tempatan mendapatkan kelayakan lebih tinggi sewaktu jalani Perkhidmatan Negara (NS).

Ini membolehkan mereka yang sedang menjalani NS dan yang sedang menimbangkan menyertai RSAF sebagai pekerjaan sepenuh masa untuk meraih pengalaman pekerjaan lebih awal berbanding rakan sebaya yang lain.

“Pelajar yang layak menyertai skim ini juga boleh memanfaatkan masa yang diambil sewaktu menjalani NS untuk mengasah kemahiran asas yang dapat menyumbang kepada kemahiran pekerjaan mereka,” tambah Mejar Jeneral Khong.

Beliau berkata, RSAF akur dari generasi ke generasi, warga Singapura dibesarkan dengan cara yang berbeza.

“Saya percaya satu perubahan daripada segi budaya pekerjaan adalah penting bagi mendekati dan memberangsangkan potensi generasi masa depan kami,” tambahnya.

Beliau berkata keperluan untuk mengubah budaya kerja di RSAF adalah motivasi di sebalik Projek Apex, satu strategi berlandaskan kakitangan RSAF yang dilancarkan pada Mac 2023.

“Dalam setahun lalu sejak Projek Apex dilancarkan, RSAF telah mengambil langkah untuk mengubah budaya pertubuhan agar dapat memupuk budaya di tempat kerja yang bersifat lebih terangkum, menggalak kerjasama antara pekerja dengan menggalak peningkatan kemahiran,” kata Mejar Jeneral Khong.

“Perjalanan ini masih sedang diusahakan dan saya yakin, kami telah melangkah ke arah yang baik,” tambahnya.

Mengulas tentang Pertunjukan Udara 2024 pula, Mejar General Khong menyatakan RSAF akan mempamerkan sembilan platform.

Ia termasuk jet pejuang F-15SG, F-16, Helikopter Apache, AH-64D, dua jenis Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV); Heron 1 dan Hermes 450, Pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330, helikopter H225M dan Chinook CH-47F dan Sistem Misal Aster 30.

Mejar Jeneral Khong berkata, RSAF telah menikmati 55 tahun yang gemilang, namun “kami tidak boleh bersikap sambil lewa”.

“Kami perlu menghargai kelebihan yang ada dalam pegawai dan pertubuhan kami, menawarkan latihan dan kemahiran yang diperlukan untuk mereka berjaya dalam persekitaran keselamatan yang dinamik dan tidak menentu dan usah sekali-kali hilang arah terhadap misi utama kita, iaitu mempertahankan udara Singapura.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >