Topik diikuti
Pergi ke BHkuRuang khusus di balai rakyat buat pekerja pengiriman, pemandu teksi, kereta sewa privet makan dan rehat
Ruang khusus di balai rakyat buat pekerja pengiriman, pemandu teksi, kereta sewa privet makan dan rehat
Ruang khusus di balai rakyat buat pekerja pengiriman, pemandu teksi, kereta sewa privet makan dan rehat
BILIK majlis dan dewan sukan di beberapa balai rakyat telah diketepikan sebagai ruang makan khusus buat pekerja penting seperti pemandu kereta sewa privet dan duta jarak selamat menyusuli langkah tidak membenarkan orang ramai makan di premis makan dan minum hingga 13 Jun.
Antara balai rakyat yang menyediakan kemudahan ini termasuk Braddell Heights, Kampong Kembangan, Kampong Ubi, Toa Payoh East dan Woodlands.
Beberapa Anggota Parlimen (AP) juga memuatnaikkan pos tentang ruang-ruang ini di Facebook mereka. Antaranya Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, AP GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng dan AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.
Encik Tan menulis di lampiran posnya:
"Dengan perubahan yang baru-baru ini dilaksanakan pada langkah pengurusan selamat mengenai larangan makan dan minum di premis makanan dan minuman kerana tambahan kes masyarakat, ramai warga Singapura yang terus menyokong kita dalam masa sebegini sukar mencari tempat rehat atau makan."
Cik Mariam yang turut menyediakan ruang belajar dan ruang bekerja bersama di Balai Rakyat Woodlands menulis:
"Bagi pekerja pengiriman, pemandu teksi dan kereta sewa privet, kami telah menyediakan ruang baru buat anda berehat dan makan sebelum ke tugasan selanjutnya di Tingkat 2.
"Ia tidak berhawa dingin tetapi ia ruang yang cantik dan berangin..."