Premium
Ruang sambut penumpang T1 akan pindah ke Besmen 1
Feb 20, 2018 | 5:30 AM
RUANG SAMBUT PENUMPANG: Beginilah gambaran artis mengenai ruang sambut penumpang di T1 Lapangan Terbang Changi yang akan berpindah dari Tingkat 1 ke Besmen 1. - Foto CHANGI AIRPORT GROUP -
RUANG bagi menyambut ketibaan penumpang pesawat di Terminal 1 (T1) Lapangan Terbang Changi akan dipindahkan dari Tingkat 1 ke Besmen 1 mulai esok, menurut satu kenyataan Changi Airport Group (Singapore) Pte Ltd (CAG) kelmarin.
Penempatan semula itu adalah sebahagian daripada kerja peluasan yang sedang berjalan di T1 sejak Mac 2015 sejajar dengan pembangunan berbilang guna Jewel di Lapangan Terbang Changi, lapor The Straits Times semalam.

