Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Rumah haram ditemui dalam kilang kosong, longkang di Sungei Kadut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah haram ditemui dalam kilang kosong, longkang di Sungei Kadut

Turut jumpa ialah barangan disyaki dadah terkawal dan peralatan berkaitan serta pisau, disyaki milik pendatang tanpa izin atau individu libat dalam kegiatan haram
Dec 05, 2023 | 04:46 PM



Sebuah bangunan kilang yang kosong, yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungei Kadut, telah dijadikan sebagai tempat tinggal haram, menurut polis.

Objek yang disyaki dadah terkawal, dan peralatan yang berkaitan, serta pisau juga telah ditemui dalam bangunan itu.

Kes ini telah dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk siasatan lanjut.







Penemuan itu didedahkan oleh Komander Divisyen Woodlands Pasukan Polis Singapura (SPF), Penolong Pesuruhjaya Ang Eng Seng, pada 5 Disember, selepas polis menjalankan satu operasi bersepadu bersama Jurong Corporation (JTC) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) baru-baru ini untuk memeriksa bangunan tersebut bagi menentukan kehadiran orang tanpa izin.

Wartawan dijemput melawat tapak bangunan lain di kawasan sama, sebagai sebahagian latihan pemantauan.

Lebih 50 pegawai daripada Divisyen Polis Woodlands, Komando Kenderaan Udara Tanpa Pemandu HomeTeam (HT UAV), Unit K9 Komando Operasi Khas, ICA dan JTC mengambil bahagian dalam operasi itu.

“Semasa siasatan, kami mendapati ada tanda-tanda longkang besar berhampiran bangunan kilang yang kosong itu juga dijadikan tempat tinggal kerana adanya barang-barang peribadi di situ. Bagaimanapun, tiada individu ditangkap,” kata Encik Ang.

Turut ditemui dalam longkang yang malap dan sempit, selebar sekitar kurang 1 meter itu, ialah tilam yang diletakkan di atas papan dengan disokong tiang besi, pakaian yang digantung, basikal dan banyak barang peribadi lain.

Penghuni rumah itu mungkin terdiri daripada pendatang tanpa izin atau individu yang terlibat dalam kegiatan haram.

Orang awam tidak dibenarkan memasuki laluan air seperti longkang pada setiap masa atas alasan keselamatan diri dan pesalah boleh didenda sehingga $3,000, di bawah Seksyen 7A (1)(a) Akta Kemudahan Awam.

Susulan itu, polis dengan bantuan anjing pengesan, mengesahkan tiada sesiapa berada di bangunan kilang yang kosong itu.

Namun, terdapat putik kapas, putung rokok, pemetik api, kadbod, tin dan botol air dalam bangunan kilang yang kosong itu, menjadi tanda-tanda pencerobohon telah berlaku.

Beberapa lubang besar di dinding ditemui, yang mungkin dibuat pesalah untuk melarikan diri segera semasa serbuan.

Kesalahan pencerobohan jenayah di bawah Kanun Keseksaan 1871 membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga $1,500, atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan menceroboh harta dengan sengaja di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Ketenteraman Awam dan Gangguan) 1906 membawa hukuman denda sehingga $1,000.

“Penduduk Singapura juga memainkan peranan penting, dengan melaporkan orang atau kegiatan yang mencurigakan di sekitar bangunan ini. Bersama-sama, kita dapat memastikan masyarakat kita selamat daripada jenayah,” kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >