CUTI inap di pulau yang hijau, di tepi laut yang kebiruan, dan dikelilingi alam semula - bukan di luar negara tetapi di Si-ngapura, dan bukan dalam kemah tetapi dalam rumah mesra alam. Ini dapat dilakukan mulai 1 Mei apabila lima rumah kecil di Pulau Lazarus, salah sebuah pulau di selatan Singapura, mula membuka pintunya kepada pengunjug bagi penginapan tempoh pendek. Kadar sewa promosi bagi rumah kecil berukuran antara 150 kaki persegi (kira-kira 14 meter persaegi) dan 170 kaki persegi itu ialah dari $199 semalam. Tempahan bagi lima rumah itu akan dibuka kepada orang ramai tempahan pada hari yang sama, kata Encik Jeff Yeo, pengasas bersama syarikat ekopelancongan Big Tiny yang mengendali penginapan itu. Beliau menambah bahawa dua daripada unit itu mesra haiwan peliharaan. Harga biasa rumah kecil itu belum diumum. Rancangan bagi rumah kecil itu diumum oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, pada 28 Februari di Parlimen. Ia penginapan pertama yang dibina di pulau itu bagi penginapan jangka pendek. Ia juga sebahagian daripada satu siri inisiatif oleh Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) untuk mengubah Pulau Lazarus sepanjang tiga tahun akan datang - dengan "sentuhan mesra" - menjadi destinasi bagi pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi.