SPH Logo mobile
Langgan|

Rumah kecil ekopelancongan Pulau Lazarus dibuka 1 Mei

Rumah kecil ekopelancongan Pulau Lazarus dibuka 1 Mei

Pengendali mahu beri tetamu pengalaman serupa di Australia, NZ, Italy, Taiwan dan M'sia
Mar 11, 2023 | 5:30 AM

Rumah kecil ekopelancongan Pulau Lazarus dibuka 1 Mei

NIKMATI ALAM, MESRA ALAM: (Atas) Foto dari udara Pulau Lazarus di selatan Singapura. Rumah kecil mesra alam di pulau itu diperbuat daripada bahan binaan mampan seperti plastik kitar semula dan gentian kayu, dan akan mempunyai 'biodigester' yang akan menukar sisa makanan kepada kompos di situ. Setiap unit ada dapur dan boleh menampung hingga tiga orang dewasa, atau dua dewasa dan dua kanak-kanak. - Foto-foto SDC, fail
NIKMATI ALAM, MESRA ALAM: (Atas) Foto dari udara Pulau Lazarus di selatan Singapura. Rumah kecil mesra alam di pulau itu diperbuat daripada bahan binaan mampan seperti plastik kitar semula dan gentian kayu, dan akan mempunyai 'biodigester' yang akan menukar sisa makanan kepada kompos di situ. Setiap unit ada dapur dan boleh menampung hingga tiga orang dewasa, atau dua dewasa dan dua kanak-kanak. - Foto-foto SDC, fail -

CUTI inap di pulau yang hijau, di tepi laut yang kebiruan, dan dikelilingi alam semula - bukan di luar negara tetapi di Si-ngapura, dan bukan dalam kemah tetapi dalam rumah mesra alam.

Ini dapat dilakukan mulai 1 Mei apabila lima rumah kecil di Pulau Lazarus, salah sebuah pulau di selatan Singapura, mula membuka pintunya kepada pengunjug bagi penginapan tempoh pendek.

Kadar sewa promosi bagi rumah kecil berukuran antara 150 kaki persegi (kira-kira 14 meter persaegi) dan 170 kaki persegi itu ialah dari $199 semalam.

Tempahan bagi lima rumah itu akan dibuka kepada orang ramai tempahan pada hari yang sama, kata Encik Jeff Yeo, pengasas bersama syarikat ekopelancongan Big Tiny yang mengendali penginapan itu.

Beliau menambah bahawa dua daripada unit itu mesra haiwan peliharaan. Harga biasa rumah kecil itu belum diumum.

Rancangan bagi rumah kecil itu diumum oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, pada 28 Februari di Parlimen.

Ia penginapan pertama yang dibina di pulau itu bagi penginapan jangka pendek.

Ia juga sebahagian daripada satu siri inisiatif oleh Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) untuk mengubah Pulau Lazarus sepanjang tiga tahun akan datang - dengan "sentuhan mesra" - menjadi destinasi bagi pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi.

Ini bermakna perubahan itu akan memberi kesan minimum terhadap alam sekitar, kata Encik Tan.

Encik Yeo berkata lebih 600 orang telah mendaftarkan minat mereka untuk menempah rumah-rumah kecil itu dan syarikatnya terkejut dan gembira mengenai sambutan positif itu.

"Kami berharap dapat membawa pengalaman yang serupa dengan pengalaman yang kami tawarkan kepada tetamu kami di Australia, New Zealand, Italy, Taiwan dan Malaysia sejak beberapa tahun lalu dalam mengendalikan perniagaan ini," kata beliau.

Bagi membantu pengunjung mengurangkan jejak karbon mereka, rumah-rumah kecil itu akan dikuasakan oleh tenaga suria.

Mereka menggunakan bahan binaan mampan seperti plastik kitar semula dan gentian kayu, dan akan mempunyai 'biodigester' yang akan menuka sisa makanan kepada kompos di tapak dalam 24 jam.

Tetamu akan disediakan dengan syampu dan produk badan terbiodegradasi.

Setiap unit mempunyai dapur dan boleh menampung hingga tiga orang dewasa, atau dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Ia juga akan dilengkapkan dengan penghawa dingin dan Wi-Fi.

Encik Yeo memberitahu akhbar The Straits Times Big Tiny diperkenal kepada SDC oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan apabila ia dianugerah status penggerak pertama di bawah rangka kerja penggerak pertama oleh panel properusahaan kementerian itu pada Oktober 2020.

Rangka kerja itu membolehkan usahawan yang mempunyai idea perniagaan inovatif menggunakan aset awam bagi melaksana idea mereka.

Selain rumah kecil, terdapat kemudahan dan tarikan baru lain di pulau itu, seperti kedai serbaneka, pengalaman glamping semalaman dan aktiviti air.

Ini akan dilancarkan secara berperingkat mulai sekitar Jun.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg