Premium
Rumah lebih 'bercahaya' sempena Deepavali
Nov 12, 2020 | 5:30 AM
TAMBAH KEGEMBIRAAN: Encik Tharman (tiga dari kanan) menziarahi benefisiari 'Project Happiness', Cik Komathy (empat dari kanan), di rumahnya di Clementi, semalam. Turut melawat keluarga itu semalam adalah (dari kanan) Dr Isa Hassan; Naib Presiden Kanan Jamiyah Singapura, Dr H M Saleem; serta Dr Tan (kiri). - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
MENJELANG perayaan Deepavali hujung minggu ini, suasana di rumah Cik Komathy Somasundaram lebih meriah selepas diberi wajah baru oleh beberapa penghuni Rumah Peralihan Jamiyah Darul Islah.
Dengan ruang tamu dan bilik yang dibersih dan dicat semula, Cik Komathy - yang tinggal bersama ibunya dan dua anak perempuannya - ghairah mahu menjemput keluarga dan rakan-rakan mereka sempena perayaan itu.

