Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rumah Terbuka Istana 2 Feb sempena Tahun Baru Cina

Jan 27, 2025 | 8:02 PM
Istana bakal adakan acara Rumah Terbuka pada 2 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang sempena Tahun Baru Cina. 
Istana bakal adakan acara Rumah Terbuka pada 2 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang sempena Tahun Baru Cina.  - Foto ST

Istana Singapura akan dibuka kepada orang ramai pada 2 Februari sempena Tahun Baru Cina mulai 8.30 pagi hingga 6 petang.

Semasa rumah terbuka itu pengunjung akan dapat menonton persembahan langsung, menyertai pelbagai aktiviti serta melihat pekarangan Istana.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai kegiatan seperti mencuba kaligrafi Cina, bermain batu seremban dan mencuba sukan paralimpik seperti boccia.

Mereka juga boleh menikmati persembahan muzik dan tarian oleh Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), Kolej Seni LASALLE, Universiti Seni Singapura (UAS), Nam Wah Opera, Pasukan Polis Singapura dan U Live (NTUC).

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memasuki bangunan utama Istana untuk melihat beberapa bilik acara tertentu serta koleksi hadiah yang diberi kepada pemimpin Singapura oleh negara lain.

Relawan dari Lembaga Taman Negara (NParks) juga akan membawa pengunjung melihat pelbagai pokok, bunga dan tumbuhan yang ditanam di sekitar premis Istana.

Tiada bayaran masuk dikenakan bagi warga Singapura, penduduk tetap (PR) dan juga penjaga yang bukan warga Singapura.

Pengunjung lain dikenakan bayaran masuk $20 untuk dewasa dan $10 bagi kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.

Bayaran masuk ke Istana Villa adalah $2 untuk rakyat Singapura dan PR.

Orang dewasa dan kanak-kanak lain yang berusia empat hingga 12 tahun dikenakan bayaran masuk $10 dan $5 masing-masing.

Gerai makanan dan cenderamata yang menjual produk Istana edisi terhad juga tersedia bagi pengunjung.

Semua hasil jualan tiket dan gerai akan disalurkan kepada badan amal yang disokong oleh Cabaran Presiden.

Kemasukan mungkin dihadkan disebabkan cuaca buruk atau apabila kapasiti penuh.

Orang ramai boleh memasuki pekarangan Istana melalui pintu utama di Orchard Road.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg