Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rumah Terbuka Istana pada 1 Ogos ditunda sebagai langkah perketat keselamatan Covid-19

Jul 21, 2021 | 3:58 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

RUMAH Terbuka Istana yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos telah ditunda dalam keadaan Singapura memperketat langkah keselamatan pandemik di sini.

Acara itu sepatutnya meraikan Hari Kebangsaan dengan tetamu yang sudah memiliki tiket bagi sesi rumah terbuka bagi meraikan Hari Buruh dan Hari Raya Puasa yang dijadualkan pada 13 Mei lalu diundang agar kembali memeriahkannya.

Sesi rumah terbuka berkenaan bagaimanapun dibatalkan kerana keadaan Covid-19 yang kian teruk ketika itu.

"Kami meminta maaf bagi sebarang kesusahan yang timbul," kata Pejabat Presiden dalam kenyataan pada Rabu (21 Julai).

Istana telah menutup perkarangannya daripada dikunjungi orang awam sejak Februari tahun lalu kerana pandemik Covid-19.

Acara ini sangat popular dalam kalangan penduduk Singapura, dengan lebih 12,000 pengunjung menghadirinya pada 26 Januari 2020 - hari kedua Tahun Baru Cina, tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg