3 DISEMBER
Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) terbit laporan pertama menunjukkan Cik Raeesah dakwa pemimpin WP nasihatkannya terus bohong.
Cik Raeesah berkata Ketua WP, Encik Pritam Singh (atas kiri); Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim; dan Naib Pengerusi WP, Encik Faisal Manap (atas kanan); beritahunya tiada keperluan bagi beliau jelas hujahnya di Parlimen atau kongsi perkara sebenar.
Ini bercanggah dengan hujah oleh pemimpin WP di sidang media pada hari sebelumnya.
Di sidang itu, Encik Pritam berkata pemimpin WP tahu Cik Raeesah telah bohong kepada Parlimen seminggu selepas perkara itu berlaku tetapi telah beri Cik Raeesah masa untuk urus perkara itu kerana Cik Raeesah berkata beliau juga mangsa serangan seksual.
Namun Cik Raeesah harus beri penjelasan kepada Parlimen di sidang Oktober, kata Encik Pritam.
11 DISEMBER
Encik Faisal nafi beliau suruh Cik Raeesah terus rahsiakan perkara sebenar, semasa memberi keterangan kepada COP.
Dalam laporan khas keduanya, COP berkata Encik Faisal akur adalah sukar untuk perjelas secara rasional mengapa beliau, Encik Pritam dan Cik Lim tidak bertindak lebih segera untuk perbetul keadaan, termasuk beritahu pemimpin lain parti itu semasa kes dibincang secara dalaman.
Satu sebab, kata Encik Faisal, adalah kerana mereka terlalu terkesan selepas dengar Cik Raeesah juga seorang mangsa serangan seksual dan prihatin tentang kesejahteraan.
12 DISEMBER
COP terbit laporan ketiga, di mana Encik Pritam beritahu jawatankuasa itu beliau tidak arahkan Cik Raeesah untuk bohong.
Pada masa yang sama, Encik Pritam juga tidak suruh Cik Raeesah memperbetul kenyataannya yang palsu itu, dari Ogos hingga Oktober.
Namun, Encik Pritam telah suruh Cik Raeesah supaya bertanggungjawab ke atas isu tersebut apabila ia ditimbulkan.
14 DISEMBER
COP terbit laporan pertama mengenai keterangan Cik Lim dan Profesor Madya Jamus Lim


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg