Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rundingan ekonomi Asia Pasifik bakal dilancar di Washington

Sep 9, 2022 | 5:30 AM
53d047f9-4005-4900-bfcd-fe69672b5a3b
-

PARA menteri ekonomi dari Amerika Syarikat dan 13 negara Asia-Pasifik bersedia untuk melancarkan rundingan bagi perdagangan pan-Asia yang pertama di Washington dalam tempoh hampir sedekad, tetapi kali ini sebarang perjanjian dijangka tidak akan mengurangkan tarif.

Rundingan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (Ipef) akan berusaha untuk mendefinisikan platform menyeluruh bagi ekonomi yang dipacu pasaran demi melibatkan perdagangan dan aliran data, mutu alam sekitar dan buruh, rantaian bekalan dan antirasuah.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong kini berada di Amerika bagi menghadiri mesyuarat menteri Ipef itu bagi membincangkan kerjasama ekonomi dengan negara-negara di rantau ini.

"Harapannya ialah untuk mewujudkan lebih banyak peluang bagi perniagaan dan rakyat," kata Encik Gan, dalam catatannya di Facebook.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg