Premium
Rusuhan di apartmen Chinatown: 9 lagi suspek diberkas
Tiga ditangkap hari kejadian Ahad lalu, termasuk seorang kini dirawat di SGH
May 14, 2020 | 5:30 AM
DISYAKI JADI ANGGOTA KUMPULAN HARAM: Suspek yang diberkas polis akan juga disiasat kerana disyaki menjadi anggota kumpulan haram dan melakukan rusuhan menggunakan senjata bahaya. - Foto SPF -
SEMBILAN lagi suspek - lapan lelaki dan seorang wanita - ditangkap kelmarin kerana disyaki melakukan rusuhan di sebuah blok pangsapuri di Chinatown Ahad lalu.
Berumur antara 18 dan 28 tahun, mereka diberkas menyusuli pemburuan tiga hari pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Jabatan Perisikan Polis dan Divisyen Polis Central. Polis memberkas tiga orang di tempat kejadian Ahad lalu, lapor The Straits Times (ST) semalam.

