Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sabar, fokus dorong pelajar motivasi diri untuk pengajian di Universiti Al-Azhar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sabar, fokus dorong pelajar motivasi diri untuk pengajian di Universiti Al-Azhar

Mar 01, 2024 | 05:30 AM



​Kesabaran dalam menghadapi segala ujian menjadi kunci hidup bagi mahasiswa, Encik Alfawzul Kabir Mohamad Faizal, 20 tahun. Penuntut tahun kedua di Universiti Al-Azhar di Mesir dalam jurusan Teologi Islam itu bercita-cita untuk mendalami jurusan Akidah Falsafah.

“Memang sudah menjadi matlamat saya untuk melanjutkan pelajaran saya di sini. Ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk terus berbakti kepada masyarakat,” kata graduan aliran Aliyah dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah.

Berkongsi pengalamannya sebagai mahasiswa di Universiti Al-Azhar di Mesir, Encik Alfawzul berkata:

“Saya teruja untuk berada dalam sekitaran baru dan melanjutkan pelajaran tapi saya juga rasa sedikit bimbang kerana perlu jalani kehidupan di luar Singapura.”

Tambahnya, yang menerima Biasiswa Syed Isa Semait (SISS) dua tahun lalu pada mulanya beliau alami kejutan budaya dengan keadaan hidup di Mesir dan khuatir untuk bersembang bersama penduduk tempatan kerana loghat mereka.

Beliau juga sukar menguruskan masa dan menghadapi kepayahan melakarkan jadual yang produktif dan menyeluruh, kekal fokus dan bermotivasi.

Namun, pelbagai program pembangunan yang disediakan pentadbir SISS telah memberikan banyak manfaat kepadanya. Contohnya, ia memberikan peluang kepadanya membina kemahiran hidup dan kepimpinan seperti pengurusan masa dan peluang membina rangkaian.

“Mendengar pengalaman berbeza daripada pelbagai individu, telah meluaskan perspektif saya tentang dunia. Saya juga mendapat nasihat berguna untuk diri saya daripada kearifan mereka,” jelasnya lagi.

Selain itu, SISS juga meringankan beban kewangan yang ditanggung ibu bapanya dan memberikan beliau banyak peluang dan kebebasan untuk menyertai apa sahaja program yang bermanfaat dan yang boleh menambah nilai untuk beliau.

Malah, sokongan yang diberikan oleh tenaga pentadbir SISS turut membantu dalam pembentukan keperibadiannya secara menyeluruh.

“Kalau kami ada soalan atau keprihatinan, mereka cepat memberikan jawapan. Mereka juga hubungi kami melalui panggilan Zoom untuk pastikan kami dalam keadaan baik,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, tanpa biasiswa ini, beliau akan tetap meneruskan pelajaran namun merasakan langkahnya ke depan tidak begitu jelas dan tiada matlamat tertentu.

“Tapi sekarang, saya tahu bagaimana saya boleh pertingkatkan diri saya dan maju ke depan sebagai seorang ustaz pada masa hadapan,” kata Encik Alfawzul, yang kini memastikan beliau sentiasa kekal bermotivasi dan terdorong untuk menimba ilmu demi maju dalam pelajaran.

“Dengan bersikap demikian, saya boleh atasi apa jua cabaran,” tambah mahasiswa yang ingin melibatkan diri dalam projek pembangunan ummah setelah tamat pengajian nanti.

Program SISS bertujuan untuk mengasah bakat tempatan demi mencapai visi “Asatizah Masa Depan” dengan membangunkan program pengurusan bakat berstruktur.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >