Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SAF akan beli dua lagi kapal selam

Mar 3, 2025 | 6:57 PM
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan membeli dua lagi kapal selam kelas Invincible, untuk menambah armada sedia ada negara sebanyak empat kapal selam yang telah dibeli pada 2017, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan membeli dua lagi kapal selam kelas Invincible, untuk menambah armada sedia ada negara sebanyak empat kapal selam yang telah dibeli pada 2017, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen. - Foto fail

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan membeli dua lagi kapal selam kelas Invincible, untuk menambah armada sedia ada negara yang pada masa ini mempunyai empat kapal selam dibeli pada 2017, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Encik Ng berkata walaupun empat kapal selam buatan Jerman itu berada di landasan yang baik untuk beroperasi pada sekitar 2028, jumlah itu tidak optimum untuk sebuah negara yang mempunyai armada kapal selam.

Memberi contoh negara-negara seperti Australia, Indonesia, Vietnam, beliau berkata kebanyakan tentera laut negara mempunyai lebih daripada empat kapal selam dalam kalangan armada mereka.

“Kapal selam kami tertakluk kepada kitaran penyelenggaraan yang lebih ketat dan kerap dengan pemeriksaan ketat kerana ia perlu beroperasi di bawah tekanan yang kuat.

“Setelah membuktikan bahawa kapal selam kelas Invincible boleh mencapai prestasi yang diharapkan di perairan tropika, SAF merancang untuk mendapatkan dua lagi, untuk menjadikan keseluruhannya sebanyak enam kapal selam bagi armada kami,” ujar Encik Ng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg