SPH Logo mobile
Langgan|

SAF sambung latihan payung terjun selepas empat bulan digantung

SAF sambung latihan payung terjun selepas empat bulan digantung

Apr 29, 2020 | 12:03 PM

SAF sambung latihan payung terjun selepas empat bulan digantung

Gambar askar menggunakan payung terjun selepas terjun dari pesawat Hercules C-130, pada 14 Mei 2013.
Gambar askar menggunakan payung terjun selepas terjun dari pesawat Hercules C-130, pada 14 Mei 2013. - FAIL ST

ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) telah memulakan semula latihan payung terjun menggunakan tali pintal pada Selasa (28 April) - dengan ciri keselamatan baru - selepas ia digantung empat bulan menyusuli satu insiden latihan.

Ciri ini termasuk kawat henti keselamatan, penyeliaan bertambah bagi askar yang kurang berpengalaman dan mengurangkan jumlah askar yang melompat dengan payung terjun pada satu masa, demi memberikan pelatih lebih banyak masa untuk bertindak jika perlu.

Latihan itu telah digantung selepas insiden di Taiwan, di mana Privet Joshua Quek mengalami kecederaan tulang belakang pada Disember lalu.

Privet Quek, 21 tahun, dibenarkan pulang dari hospital bulan lalu, dan sedang beransur pulih di rumah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg