Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SAF sertai latihan tentera 13 negara

Mindef: Latihan perboleh angkatan bersenjata pertingkat kerjasama, kongsi pengetahuan
Aug 16, 2022 | 5:30 AM
BERLAYAR BERSAMA: Kapal RSN, RSS Supreme (barisan atas) dan RSS Resolution (kedua di barisan kedua) berlayar bersama kapal daripada TNI Angkatan Laut dan Angkatan Laut Amerika Syarikat dalam komponen maritim Latihan Super Garuda Shield. - Foto TNI ANGKATAN LAUT
BERLAYAR BERSAMA: Kapal RSN, RSS Supreme (barisan atas) dan RSS Resolution (kedua di barisan kedua) berlayar bersama kapal daripada TNI Angkatan Laut dan Angkatan Laut Amerika Syarikat dalam komponen maritim Latihan Super Garuda Shield. - Foto TNI ANGKATAN LAUT -

ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) buat julung-julung kalinya menyertai sebuah latihan berbilang hala melibatkan aset dan anggota dari 13 negara, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.

Latihan sulung itu, yang diadakan di Indonesia dari 1 Ogos hingga kelmarin, dinamakan Latihan Super Garuda Shield bagi mencerminkan peluasan skopnya, dengan banyak negara menyertai atau memerhatikannya buat kali pertama, tambah Mindef dalm satu kenyataannya.

Latihan Garuda Shield adalah sebuah latihan dua hala tahunan antara Angkatan Pertahanan Nasional Indonesia (TNI) dan Komand Indo-Pasifik Amerika Syarikat (Indopacom).

Negara lain yang menyertai latihan yang diperluas itu tahun ini termasuk New Zealand, Perancis, Malaysia, India dan Canada.

Bakal Penolong Ketua Pegawai Kanan (Operasi) Singapura, Brigadier-Jeneral Adrian Teng, berkata:

"Latihan Super Garuda Shield membolehkan angkatan bersenjata yang menyertainya bekerjasama dan berkongsi pengetahuan mereka, mempertingkat kerjasama antara negara-negara.

"Ia adalah satu peluang yang sangat bermanfaat untuk berlatih bersama TNI, Indopacom dan peserta lain, serta mempertingkat pertukaran dan persahabatan profesional antara angkatan pertahanan kami."

SAF dan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) menyertai latihan itu dengan beberapa anggota dan aset.

SAF menyertai satu latihan perancangan staf yang berakhir dengan sebuah latihan lapangan bersama Tentera Australia, Indopacom dan TNI, kata Mindef.

Kapal kereta kebal pendarat RSS Resolution dan kapal frigat RSS Supreme RSN menyertai beberapa siri latihan pergerakan dan komunikasi di perairan sekitar Kepulauan Riau, Batam dan Singkep, bersama enam kapal daripada TNI Angkatan Laut dan Angkatan Laut Amerika Syarikat.

Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta sebelum ini berkata lebih 4,000 anggota gabungan angkatan berbilang negara itu menyertai latihan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg