Topik diikuti
Pergi ke BHkuSaintis A*STAR bakal temui rawatan barah hati
Premium
Saintis A*STAR bakal temui rawatan barah hati
Saintis A*STAR bakal temui rawatan barah hati

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 8, 2020 | 5:30 AM
PARA penyelidik mungkin setapak lebih dekat menemui rawatan bagi barah hati setelah satu kajian menunjukkan dua enzim metabolik berpotensi mencegah pertumbuhan sel barah.
Penyelidik dari Konsortium Pengimejan Bio Singapura (SBIC) A*STAR mendapati laluan metabolik bagi penghasilan asid amino yang dikenali sebagai proline, yang dikawal gen PYCR1 dan ALDH18A1, adalah penting bagi percambahan sel dan pertumbuhan tumor hepatocellular carcinoma (HCC).
