Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saintis NUS temui ubat baru rawat gangguan ritma denyutan jantung

Jul 19, 2022 | 5:30 AM
BAKAL MANFAATKAN JUTAAN PESAKIT: Kejayaan besar yang dicapai pasukan yang diketuai Profesor Eric Chan (kedua dari kanan)dan termasuk (dari kiri)Profesor Pipin Kojodjojo, Dr Gopal Venkatesan dan Cik Jacqueline Leow Wen Hui itu dapat memberi manfaat kepada berjuta-juta pesakit AF di seluruh dunia. - Foto NUS
BAKAL MANFAATKAN JUTAAN PESAKIT: Kejayaan besar yang dicapai pasukan yang diketuai Profesor Eric Chan (kedua dari kanan)dan termasuk (dari kiri)Profesor Pipin Kojodjojo, Dr Gopal Venkatesan dan Cik Jacqueline Leow Wen Hui itu dapat memberi manfaat kepada berjuta-juta pesakit AF di seluruh dunia. - Foto NUS -

SAINTIS daripada Jabatan Farmasi, Universiti Nasional Singapura (NUS), telah membangunkan sebuah ubat farmeseutikal yang diperbaiki bagi rawatan gangguan ritma denyutan jantung paling biasa dialami, pemfibrilan atrium (atrial fibrillation, atauAF).

Pasukan penyelidik seramai lapan anggota itu mengambil masa lapan tahun untuk mencapai kejayaan besar itu, yang dapat memberi manfaat kepada berjuta-juta pesakit AF di seluruh dunia.

AF ialah satu keadaan serius yang boleh membawa kepada kegagalan jantung, kematian awal dan angin ahmar.

Bagi pesakit AF, pada masa ini terdapat ubat yang digunakan untuk mengawal AF dan mengekalkan denyutan normal.

Ironinya, dalam merawat AF ubat-ubatan ini boleh menggalak jenis gangguan denyutan jantung yang berbeza di ruang jantung bawah, yang juga dikenali sebagai aritmia ventrikel (ventricular arrhythmia), yang berpotensi lebih berbahaya, malah membawa maut.

Sesetengah ubat AF sedia ada ini juga toksik kepada organ lain, seperti hati, paru-paru dan kelenjar tiroid.

Oleh itu, terdapat keperluan yang tidak dipenuhi untuk membangunkan ubat-ubatan yang mujarab dan lebih selamat bagi merawat AF.

"Ini kali pertama pendeuteriuman (penggantian atom deuterium di dalam molekul) sebagai strategi penemuan ubat digunakan untuk mengoptimumkan kemujaraban sambil mengurangkan kesan sampingan satu molekul ubat.

"Penemuan penyelidikan kami menunjukkan sebuah platform penemuan inovatif yang boleh meningkatkan penjagaan pesakit melalui pembangunan farmaseutikal mujarab dan selamat," ujar Professor Eric Chan, ketua pasukan penyelidik itu.

Dianggarkan terdapat lebih 35 juta pesakit AF diseluruh dunia sekarang.

Pasukan penyelidik itu sedang mencari peluang menjalankan ujian klinikal bagi memastikan keselamatan dan kemujaraban ubat tersebut, yang akan membolehkan ia mendapat kelulusan pihak berkuasa dan dipasarkan secara komersial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg