Topik diikuti
Pergi ke BHkuSaktiandi: Isu kewangan, rumah sewa sering timbul
Premium
Saktiandi: Isu kewangan, rumah sewa sering timbul
Selang beberapa hari setelah menyambut kemenangan dalam Pilihan Raya Umum pertama mereka, Encik Amrin Amin, Cik Rahayu Mahzam dan Encik Saktiandi Supaat sudah mula menyingsing lengan memulakan tugas sebagai Anggota Parlimen baru, NIZAM ISMAIL (nizam@sph.com.sg) dan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) mewawancara tiga AP Melayu/Islam terbaru.
Sep 19, 2015 | 6:00 AM
Saktiandi: Isu kewangan, rumah sewa sering timbul
PENGALAMAN MEMBANTU: Encik Saktiandi yang pernah menjadi sukarelawan di MPS melakukan sesi MPS pertama beliau selaku AP Selasa lalu di Toa Payoh. - Foto TAUFIK A. KADER -
BANTUAN kewangan dan rumah sewa merupakan antara isu yang diketengahkan penduduk Melayu dalam Sesi Bertemu Penduduk (MPS) di Blk 18 Lorong 7 Toa Payoh, kata Anggota Parlimen (AP) baru GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.
"Isu penduduk Melayu/Islam secara umumnya tidak berlainan daripada isu kaum lain, tetapi isu yang sering timbul termasuk bantuan kewangan untuk anak-anak, keluarga serta bantuan rumah sewa," ujar Encik Saktiandi.
