Topik diikuti
Pergi ke BHkuSaling hulurkan bantuan dalam masa-masa sukar
1 of 5
Oct 14, 2018 | 5:30 AM
Saling hulurkan bantuan dalam masa-masa sukar
DALAM masa-masa kecemasan khususnya menyusuli bencana atau kemalangan Singapura dan Indonesia telah mempamerkan semangat saling membantu.
Hubungan antara rakyat serta pertalian operasi yang disemai sejak sekian lama telah membolehkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) saling menghulurkan bantuan pada masa-masa sukar.