Premium
Sambut bukan satu tapi enam bayi sempena tahun baru
Jan 3, 2017 | 5:30 AM
KOMITED PADA KERJAYA: Dr Jazlan Joosoph yang sudah tiba di Hospital Raffles seawal 7 pagi pada tahun baru kelmarin gembira dapat membantu menyambut kelahiran enam bayi dengan yang terakhir dilahirkan pada 7.23 malam. - Foto KHALID BABA -
MESKIPUN kerjayanya sebagai pakar perbidanan dan sakit puan tidak menentu memandangkan pesakitnya boleh bersalin bila-bila masa tidak kira malam, siang atau awal pagi, Dr Jazlan Joosoph tetap gembira melakukan amanah itu dengan sebaik mungkin demi kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan pesakit.
"Apabila pesakit saya gembira, saya turut tumpang gembira.

