Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambut Hari Keharmonian Kaum bersama

Jul 17, 2022 | 6:08 PM
SAMBUT SAMA: Lebih 160 orang hadir untuk menyambut Hari Keharmonian Kaum di Pusat Penuaan Aktif Blossom Seeds di Canberra.
SAMBUT SAMA: Lebih 160 orang hadir untuk menyambut Hari Keharmonian Kaum di Pusat Penuaan Aktif Blossom Seeds di Canberra. -

SEMPENA bulan keharmonian kaum, satu acara telah diadakan bagi meraikannya di Pusat Penuaan Aktif Blossom Seeds pagi tadi. (17 Julai)

Acara itu dianjurkan oleh badan amal Blossom Seeds yang bekerjasama dengan rakan masyarakat berbilang kaum dan agama termasuk Masjid Darul Makmur, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Kuil Holy Tree Sri Balasubramaniar dan Persatuan Rakyat (PA).

Ketua pegawai eksekutif Blossom Seeds, Cik Ong Siew Chin, berkata acara sebegitu dapat mewujudkan sebuah platform di mana warga dari pelbagai kaum dan budaya boleh bersatu sambil menghargai warisan antara satu sama lain.

"Keharmonian kaum adalah penting untuk membina keamanan dan kestabilan negara.

"Menghormati pelbagai kaum dan budaya sangat penting dan ia perlu sentiasa diperkukuh dan diamalkan," kata Cik Ong.

Lebih 160 orang dari semua lapisan masyarakat telah hadir untuk meraikan acara itu.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk kuiz kebudayaan, acara ratu cantik dan menyanyi bersama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg