Masjid An-Nur mengajak jemaah menyambut awal Muharam 1447H dengan penuh keinsafan dan semangat pembaharuan melalui rangkaian program istimewa yang akan berlangsung dari 26 hingga 12 Julai.
Antara program yang bakal berlangsung termasuk Majlis Fi Rihabi Rahmah (Awal Muharam) pada 26 Jun bersama Mufti, Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir, Majlis Al-Hadyun Nabawi pada 28 Jun bersama penceramah jemputan dari dalam dan luar negara, serta qiamullail pada awal pagi 29 Jun.
Karnival Awal Muharam 1447H di Masjid Al-Muttaqin pada 26 Jun menjanjikan pelbagai acara menarik seperti kuliah, persembahan nasyid, program khas untuk kanak-kanak dan belia, serta hidangan kambing golek dan nasi mandi, di samping doa akhir dan awal tahun serta solat hajat berjemaah.
Majlis Ma’al Hijrah 1447H di Masjid Sultan pada 26 hingga 27 Jun menampilkan zikir munajat, bacaan Yasin dan tahlil, doa akhir dan awal tahun Hijrah, tausiyah oleh asatizah tempatan, serta qiamullail dan kuliah sebelum subuh, lengkap dengan jamuan makan malam dan sarapan pagi.
Majlis Awal Muharam 1447H di Masjid Darul Makmur pada 26 Jun bermula 6.30 petang mengajak masyarakat bersama-sama menyambut Tahun Baru Hijrah dengan zikir, Wirdul Lathif, doa akhir dan awal tahun, tazkirah khas serta bacaan Yasin dan tahlil, lengkap dengan hidangan makanan untuk para hadirin.
Ayuh sertai Majlis Awal Muhrram di Masjid Al-Istighfar pada 26 Jun bermula 6.45 petang dengan bacaan zikir, selawat dan doa akhir tahun, diikuti solat maghrib berjemaah, bacaan doa awal tahun serta tazkirah awal Muharam oleh Ustaz Irwan Hadi.
Jamuan disediakan selepas solat isyak berjemaah. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir memeriahkan majlis.
Sambut awal Muharam bersama Masjid Assyakirin pada 6 petang, 26 Jun.
Nikmati bacaan doa akhir dan awal tahun serta ceramah inspirasi ‘Memaknai Hijrah dalam Kehidupan Era’ oleh Ustaz Zulkiflee Bachik.
Jangan lepaskan peluang menjamu selera dengan nasi beriani yang disediakan khas untuk jemaah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg