Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad telah mengadakan Majlis Perjumpaan Hari Raya yang diacarakan bersama Anggota Parlimen Melayu/Islam lain di Hotel Singapore Marriott Tang Plaza kelmarin. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean; dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu. Hadirin lain termasuk pemimpin agama, masyarakat dan belia. Berikut kami sajikan warna-warni majlis tahunan itu.
DEKATI WARGA: Encik Heng Swee Keat (tengah) dan Cik Grace Fu (sebelah kanan Encik Heng) mengambil kesempatan beramah tamah dengan para hadirin. -
ANTARA HADIRIN: (Duduk, dari kiri) Cik Rahayu Buang, Cik Bibi Fatima Sheikh, Encik Heng Swee Keat, Mufti Dr Fatris Bakaram, Encik Teo Chee Hean, Encik Rosely Sheron, (berdiri, dari kiri) Encik Firdaus Abdul Hamid, Encik Esa Masood, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Ustaz Pasuni Maulan, dan Encik Arif Rahman, bergambar di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri semalam. - Foto-foto BM oleh KHALID BABA, ERVINA MOHD JAMIL -
KENANGAN BERSAMA: (Ikut putaran jam dari depan) Dr Mohd Maliki Osman, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Cik Rahayu Mahzam, Dr Yaacob Ibrahim, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Encik Amrin Amin, Profesor Madya Dr Fatimah Lateef, Encik Zainal Sapari mengambil 'wefie'. -
HIBURAN: Para tamu dihiburkan dengan persembahan pembukaan berbentuk tarian oleh Attrians Singapore. -
BERI UCAPAN: Encik Masagos mengupas ciri-ciri '3K' - keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan - yang membentuk Masyarakat Gemilang. -
BERAMAH TAMAH: Para hadirin berpeluang mendekati pemimpin negara dan masyarakat seperti (berdiri dari kanan) Encik Teo Chee Hean, Cik Rahayu Buang, Cik Grace Fu, Encik Esa Masood dan Encik Masagos Zulkifli. -

PERJUMPAAN Hari Raya yang diadakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad kelmarin membuka peluang bagi hadirin mendekati pemimpin nasional, ketua agama dan masyarakat.
Selain mengucapkan 'Selamat Hari Raya' dan bermaaf- maafan dengan anggota Parlimen Melayu/Islam, sekitar 500 hadirin yang diundang ke majlis perjumpaan Hari Raya di Hotel Singapore Marriott Tang Plaza juga berpeluang beramah tamah dengan tetamu khas Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat; Menteri Kanan Teo Chee Hean dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu.